12/10/2009

Jalan-Jalan Cari Makan

Ni rumah kat depan tapak beras terbakar kat Langkawi..amik kat tangga udah lerr...
Wajah sweet Balqis ngan abahnye he...he...ni betui2 kat tapak beras terbakar, takde apa yang tinggal cuma nampak tanah je n ada sesetengah pihak buang duit buat hajat eeee... itu khurafat namenye
Ha...baru2 ni aku nengok LIMA 09 Kat langkawi jugak, dah lama teringin nak tengok kali ni baru dapat tengok depan mata. Tak dapat amik gambar banyak2 sebab:
1. cuaca panas sangat sakit mata nak tengok atas
2. anak2 tido tak hingat
3. bunyi enjin kuat sangat kena jaga dua pasang telinga(tutup telinga da..mau nyer ilang pendengaran)
4.excited tengok kapalterbang sampai kamera tak sempat nak amin gambar

solute pilot pasal berani mati....

Ni plak kat gua kelam Perlis...Bahiyyah punya la takut maklum nak sampai keluar pun lama makan 15 minit jugak. Ciptaan Allah Taala tak dapat dinafikan sangat2 indah....waalah...

Itu je buat masa ni...

11/04/2009

Celoteh umie nyer.

Hai blog aku bersepah ngan gambar2 aje sorylah erk...nak tulis banyak2 pun takde idea dalam kepala hotak aku ni ingat nak sumbat gambar anak2 je. Anak aku kata lah comel taktau la orang lain he..he...ni gambar Balqis ngan Bahiyah naik kenderaan masing2, Bahiyah kayuh pun separuh-separuh je tak pandai kayuh penuh lagi n Si Balqis muka monyok nak tido sebenarnya cian kena paksa amik gambar ye. Payah sungguh nak amik gmbar budak dua orang ni sorang pandang kamera sorang pandang lain begitulah sebaliknye penat aku mengacah-acah harap2 dua2 pandang kamera haduii letih. Ni shot yang oklah aku amik setelah di edit, malas letak banyak sangat gambar diorang nanti boring lak orang nengok. Kotlah bapak sedara dia ke, mak sedara dia ke yang kerindu-rinduan nak menatap wajah mereka ini kan.. maklum semua duk jauh2. ok itu aje topik aku arini bye...

10/18/2009

Impian,harapanku..

Dah pun pukul 11.10 malam..emmm lama gak aku brenti tulis blog... mana taknya takde masa langsung maklum anak kecik-kecik lagi jap-jap itu la ini laa. Inilah masanya nak catat apa-apa yang patut sambil-sambil tu layan cite favourite aku CSI:AXN,cover mane yang tak sempat tengok he...he...nak jugak. Anak2 aku dah terbungkang tido ngan abahnye comel la pulak. Aku ni entah biler la nak duduk umah, hutang banyak ooo....(utang masa blajar je)keje ada yang dapat tapi tak sesuaii,bukan memilih tapi bersesuaian ngan idup aku sebagai seorang isteri and ibu. FAMILY NO 1 laa..mindset aku percaya mesti Allah Taala dah rancang sesuatu yang terbaik buat aku. Rezeki kan dah ditetapkan di Loh Mahfuz sebelum kita dilahirkan lagi so banyak2 tawakal n usaha mesti istiqamah. Aku tak pernah anggap perkahwinan ini menyekat aku untuk mencapai cita2 aku, malah ia bagaikah satu rahmat yang tidak terhingga buat aku. Sangat2 bahgia bersama suami tersayang ewwahh..

Boring je kalau pikir pasal keje, tukar topik len ok gak. Pasal angan2 aku biler tua nanti (klu pan jang umur)..Aku ngan suami berangan nak bina satu rumah..bukan umah banglo pun, rumah ala2 kampung tempatnye pun mestilah kat kawasan kampung yang tenang, permandangan yang indah. Kami berdua ada taste yang sama iaitu berjiwa seni dan sukakan kehidupan desa emmmm bestnyeeee.Ok lah, terlebih sudah.. sebelum merapu lebih2 baik aku stop kan aje. Semua tu impian je insyaAllah akan jadi kenyataan...DOAKAN KAMI YEE

9/28/2009

Aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat illahi sebab dikurniakan anak yang comel dan juga penyeri rumahtangga kami suami isteri. Aku rasa puas hati membesarkan anak-anak aku sendiri dalam kebanyyakkan masa dan bersedia untuk bekerja jika ada tawaran yang datang. Mungkin rezeki anak-anak sape tau...Moga-moga aku diberi kesabaran dan kekuatan dalam mendidik kedua-duanya (buat masa ni..). Biler dan ada anak baru tahu susahnyerr nak jaga diorang ni kekadang hangin jugak aku, macam mane la kalau anak ramai erk..sabar je la. Tapi berbaloi kalau susah-susah anak jadik orang jugak, jangan jadik tak serupa orang sudah la yee.
Itu la aku sentiasa memanjatkan doa agar anak2 aku sesok-sesok jadik orang yang berguna dan tolong aku biler tua nanti insyaAllah.....

9/17/2009

Dugaan bulan posa

Bulan posa ni banyak tui dugaan...Si bongsu Nur Balqis tetiba demam tak kebah walaupun dah dibagi ubat batuk ngan demam...Alkisahnya, malam sampai ke pagi 13 sept aritu, masa tido bunyi nafas dia len macam je, macam mengaduh sakit.Aku dah memang gelabah tak tido ler malam sampai pagi tu....pas sahur suami ajak pi hospital Tuanku Fauziah Kangar..masuk je cek-cek terus kena masuk wad. Patutlah tak kebah sebabnye dia ada lelah, cian dia nafas pun payah kena sedut gas oksigen baru lega...susu taknak minum masuk lak air....duduk la 4 hari 3 malam dalam wad...dugaannnnn...tapi syukur la cepat anta hospital. Tak sangka pulak penyakit aku masa kecik dulu ada warisnyerrr....Apa-ape pun Balqis dah sihat sikit dapat la raya walaupun dia tak tahu pun apa itu raya. Kakaknye pun ada geng nak disakat.

Raya ni aku macam biasa balik sungai petani dulu pastu baru kelantan..memang tak pernah bergilir-gilir tapi sentiasa adil dan saksama, dua-dua negeri mesti kena balik tak kira raya aidilfitri atau raya aidiladha....

9/11/2009

Kad ucapan selamat hari raya


Harini aku nak "show off" kad ucapan "Selamat Hari Raya AidilFitri" kepada sesiapa yang sudi buka blog ni samada kawan-kawan, keluarga dan Muslimin Muslimat semua....kepada mereka yang mengenali diri ini, Ampun dan Maaf Dipinta, Jika sekiranya banyak ter...ter.....ter......yee. Harap tidak ler terlalu awal atau lewat kan, takut terlampau sibuk sampai tak sempat nak bagi kad raya, jadik kad raya maya pun bolehlah....

9/04/2009

Ibu Mithali Isteri Sejati

Hari ni takdak apa nak ditulis tapi aku nak kengkawan yang dah berkahwin atau belum sama2 menghayati artikel ini untuk renungan bersama.....

Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati?

chelseaflower.jpg

Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :

  1. Berdoa memohon keredhaan Allah
  2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
  3. Membersihkan hati dan pemikiran
  4. Membina kebahagiaan secara proaktif
  5. Mendidik diri sendiri
  6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
  7. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
  8. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
  9. Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
  10. Pembangunan fizikal dan kesihatan
  11. Muhasabah diri

Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, anda patut bangga, namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.

Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :-

  1. Positif Terhadap Perubahan
  2. Positif Terhadap Diri Sendiri
  3. Positif Terhadap Kepimpinan
  4. Positif Terhadap Masalah
  5. Positif Terhadap Orang Lain
  6. Positif Terhadap Keadaan Emosi
  7. Positif Terhadap Idea Kreatif
  8. Positif Terhadap Membuat Keputusan
  9. Positif Terhadap Qada Dan Qadar

Antara petua untuk menjadi ibu mithali :

  1. Analisis diri daripada pandangan anak
  2. Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
  3. Bercakap benar
  4. Kotakan kata-kata
  5. Didik anak mengenai kemahiran sosial
  6. Gunakan masa jitu untuk mengajar
  7. Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
  8. Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
  9. Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
  10. Melatih anak berfikir
  11. Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
  12. Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
  13. Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
  14. Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
  15. Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
  16. Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah :

  1. Pendidik keluarga
  2. Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
  3. Penasihat
  4. Doktor dan jururawat
  5. Mendisiplinkan anak-anak
  6. Kawan atau sahabat
  7. Penyelesai masalah
  8. Merangsang perkembangan mental anak-anak
  9. Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
  10. Model pada anak-anak
  11. Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
  12. Mengawal ekonomi rumah tangga
  13. Menjaga harta suami dan keluarga

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu :-

  1. Ibu menyerlahkan keunikan sendiri
  2. Tidak berebut kuasa dengan anak-anak
  3. Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
  4. Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
  5. Mendidik anak berdikari
  6. Mempunyai nilai diri tinggi
  7. Bersedia meminta maaf daripada anak-anak
  8. Bertindak secara jamaah
  9. Mengorbankan kepentingan peribadi
  10. Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
  11. Meneroka dan merangsang potensi anak
  12. Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
  13. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.

Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi “ibu mithali, isteri sejati”.

8/24/2009

Permata hatiku




Guguuuu....gagaaa...umie

Anak sulung dahpun masuk 2 tahun 7 bulan gitu n anak bongsu lak dah masuk 3 bulan lebih. Balqis dah semakin pandai meniarap,pastu kuat ketawa...xbanyak ragam baik jee macam umie dia he....he...Arini kena lak gi klinik cek balqis ha...kalau tak sebab anak dah tentu aku malas nak gi klinik mana taknye berejam-rejam kena tunggu. Dah anak dua malas nak bawak kete sendiri, mintak tolong ayang je laa takut tak dapat tumpu perhatian nanti lain lak jadiknye.

8/23/2009

Pose.....pose....

Harini dah 2 ari berpuasa....malas pulak nak tido balik pas sahur n cuba rajinkan diri skit tulis blog..
aku bkan rajin sangatpun bab2 tulis ni. Anyway,dah kali ke-4 aku berpuasa bersama suami tersayang Alhamdulillah....moga-moga bertambah bahgia aku ngan insan yang paling aku sayang ni...Bulan yang mulia ni kena bebanyak berbakti pada sang suami yelah layanan 1st class baru dapat pahala yang berganda-ganda juga banyakkan beribadah pada Allah S.W.T. Aku bulan-bulan pose ni mulalah teringin makan yang bukan-bukan nak-nak gulai batang pisang...ha ni special mari dari utara state. Ayang aku pun dah mula berkenan sampai cari kat pasar ramadan arau, jupe gak akhirnya.....yum....yum....

8/18/2009

my baby....my baby

Seronok tengok anak membesar depan mata, penat tu memang la penat bersilat xtentu masa kejap kejap si kakak yang nak kena layan, pastu si adik pulak haduiii...sabar je laa. Agaknye macam mana ye ibu yang keje, siang kat tempat keje malam sibuk ngan anak2 n kemas rumah ish...ish...aku yang duk umah pun xghenti-ghenti wat tu la wat ni la. Macmmane sok2 klu dapat keje xsanggup nak pisah ngan anak2. Anak aku yang kedua Nur Balqis dah pun meniarap macam xpercaya sebab umur baru masuk 3 bulan{lahir 18.05-09}..orang kata badan dia ringan walaupun luaran nampak tembam. Si kakak Nur Bahiyyah pulak dah petah bercakap penat lak nak layan pastu suka buli adik dia.. agaknye dia ingat macam teddy bear dia la tu boleh buat apa aje....Si kakak sekarang manja sangat ngan abah dia bunyi moto pun dia cam,tido boleh bangun balik tuu. Lagi satu pantang ajak jalan, laju jee macam umie dia lak masa muda-muda dulu he...he...

8/13/2009

Bosan

Bosan xkuar mane2 skrg maklum penyakit H1N1...BAHAYAAAA...duk umah jer laaa. Aritu g klinik cek gigi pun takde orang ok la xyah tgu lma2 tapi tkut gak. Laki aku sampai xnak msuk sanggup tgu kat luar jga ank...baguih sungguh.

8/12/2009

my birthday

Hari ni BIRTHDAY aku.....Alhamdulillah, bersyukur masih dipanjangkan usia sebanyak 29 tahun he....he....bukan dah tua tapi bertambah pengalaman...Aku harap bertambah-tambahlah rezki aku nanti,rezki anak pun bolehlahhh...

8/11/2009

tercapai impian...

Akhirnya tercipta jugak blog sendiri...asyik nengok blog orang len jee. Bukan ape payah gi cc, anak lagi mane nak letak, klu internet kat umah leh duk berrejam rejam... Aku harap dapat le contact member-member lama leh gak tgok family masing-masing rinduuuuuu bangattt...