1/19/2011

Anak-anakku insya-Allah Boleh...


Wajah yang dikatakan mirip sepertiku masa kecik2 dulu..bukan sikit TETAPI SEBIJIKKK....
Adik-beradik sah-sah la,teman bergaduh ia juga, teman bermain pun sama juga.....
Kalau umie marah kakak,adik pujuk..kalau umie marah adik, kakak pujuk..kalau umie marah dua2 alamatnye umie jugak yang kena pujuk he..heeeee
Tiap2 hari budak2 berdua ni tunggu petang hari..SEBAB??????boleh ikut abahnyer main bola kat padang... kawan sebaya pun banyak pulak tu..AKTIVITI???? main pasirrr....haduiiii sabar je la..

Adik dah boleh bawak basikal walaupun kayuhannya itu separuh2...

Seronok tengok Bahiyyah n Balqis main sama2..seiring sejalan..

Yang tak seronoknya umie terpaksa duduk kat rumah sorang2..hu..huuu..kekok kalau pegi jalan tak bawak anak...

Harapan umie biar kalian membesar dengan sempurna, dan pengorbanan umie menjaga kalian dapat membentuk anak2 umie ini menjadi anak2 yang solehah insya-ALLAH..

12/20/2010

Picnic di Gua Kelam..

Ari Sabtu lpas pi gua kelam...tak berapa ramai orang masa tu so aku conquer ler pot paling best
..kat mane????kat ujung gua tempat paling akhir air keluar dari gua...sangat la sejuk macam air batu erggggg...hajat nak bawak anak2 sedara masuk gua kelam tapi masa tak mengizinkan, nak kejar masa sebenarnya...cian nantik ada rezki pegi lagi erk..
Aku cam biasa insan paling seronok nak mandi, tapi Balqis buat muka ketat takut air...haaa..haaa
Bahiyyah yang kelaparan makan dulu....isi minyak dulu yeee
Hidangan aritu ialah Bihun sup...baeekkk punyee...
Ini ialah Mak Dara Dan Anak Dara...juga Balqis dan Bahiyyah....duduk jelah dik oiiiii
Bahiyyah sebenarnya nangis tuh..puas ler ummi nyer pujuk suruh senyum skit...
Balqis siap angkat kaki taknak cecah air....sejukkkkkkkk......
Abah maintain senyum.....(dah macam askar lak laki aku....)


Pukul 4 petang balik dengan suke sukinye laaa..laaaa...laaaaaaaaa...

12/14/2010

15 Anugerah Allah pada Wanita tidak ada pada Lelaki.

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

12/13/2010

Rezeki

Semalam aku pergi kerumah bekas pengasuh Balqis dan Bahiyah di sungai batu pahat, Kangar sebab ada majlis kenduri berkhatan anak sedaranye...bukan itu sahaja aku dikhabarkan berita gembira iaitu pengasuhnya sudahpun berbadan dua Alhamdulillah. Sudah lama menanti bukan setahun dua tetapi hampir 5 tahun lamanye ye....berseri wajah mereka suami isteri. Aku pun tumpang gembira jugak ibarat hubungan kami macam adik dan kakak. Walaupun dia tak mengasuh lagi kami tetap ke rumahnye sebab best, suasana kampung pulak tu. Sungguh besar kebesaran Allah s.w.t, sifat kesabaran dibalas dengan sesuatu yang tak diduga. Sesuatu Ujian ada hikmahnya, tak perlu mempersoalkan tentang rezeki semuanya adalah hakNya.

12/07/2010

1 Muharram 1432 Hijrah


Terlalu cepat tahun demi tahun berlalu
Begitu juga begitu cepat berubahnya masa
Kini aku menginjak ke usia baru
Bukan tua tetapi matang pengalaman
Ku tanamkan azam baruku
Untuk Mendekatkan diri padaMU Ya Allah
Ku Mohon ampun diatas segala kekhilafan ku sebagai hambaMu
Izinkan aku membuka lembaran baru hidupku
Kearah kebaikkan.....
Jadikanlah aku sebaik-baik hambaMu
Juga sebaik-baik umat Rasulullah S.A.W
Semoga penghijrahanku ini Diberkati dan Dirahmati Mu Ya Allah......
Aminnnn........

12/01/2010

Makan..makan.....

Lepas beberapa hari raya Eidul Adha keluarga di kelantan pakat-pakat la buaT barbeque ayam dan sosej....


Ala...ala ayam tandoori sebab pakai rempah tandoori
Aku pulak telah direhatkan sebab telah bekerja di belakang tadbir tadi...Aku bagi idea ramuan barbeque tandoori dan menunjukkan kepakaran aku menggoreng bihun yang sodap raso eeee.....(syok sendiri..)

Si Suami telah dilantik sebagai penyelia operasi barbeque....he..hee....


Yummm..yummm kesukaan budak-budak kecik .........

Sangat best..best..best..nanti buat lagi,tapi kali ni keluarga belah kedah yeee En Tarmizi..

11/14/2010

Sungai Petani n Kelantan...

Today, aku sudahpun berada di sungai petani...setelah trkandas lamanye di perlis akibat banjir yang terlampau...bahiyyah sangatlah yindukan tok dan wannye serta sepupu-sepupunya, at last main sampai tak hingatt...Besok paginye pulak bertolak ke pasir mas, Kelantan (mengikut sistem giliran). Terkenang jalan yang berliku-liku itu haduiiii lemah semangat aku..asal je pusing2 skit nak muntah,kalau anak tido aku mintak kebenaran drebar nak join sekali..kalau tak bisa mengeluarkan sisa2 yang kurang enak baunya..he...he....

Cuti lama ye sminggu jgak maka xdpatlah FB or B'BLOG kerrrrna line tak clear.....

Sekian.....

"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"...