10/18/2009

Impian,harapanku..

Dah pun pukul 11.10 malam..emmm lama gak aku brenti tulis blog... mana taknya takde masa langsung maklum anak kecik-kecik lagi jap-jap itu la ini laa. Inilah masanya nak catat apa-apa yang patut sambil-sambil tu layan cite favourite aku CSI:AXN,cover mane yang tak sempat tengok he...he...nak jugak. Anak2 aku dah terbungkang tido ngan abahnye comel la pulak. Aku ni entah biler la nak duduk umah, hutang banyak ooo....(utang masa blajar je)keje ada yang dapat tapi tak sesuaii,bukan memilih tapi bersesuaian ngan idup aku sebagai seorang isteri and ibu. FAMILY NO 1 laa..mindset aku percaya mesti Allah Taala dah rancang sesuatu yang terbaik buat aku. Rezeki kan dah ditetapkan di Loh Mahfuz sebelum kita dilahirkan lagi so banyak2 tawakal n usaha mesti istiqamah. Aku tak pernah anggap perkahwinan ini menyekat aku untuk mencapai cita2 aku, malah ia bagaikah satu rahmat yang tidak terhingga buat aku. Sangat2 bahgia bersama suami tersayang ewwahh..

Boring je kalau pikir pasal keje, tukar topik len ok gak. Pasal angan2 aku biler tua nanti (klu pan jang umur)..Aku ngan suami berangan nak bina satu rumah..bukan umah banglo pun, rumah ala2 kampung tempatnye pun mestilah kat kawasan kampung yang tenang, permandangan yang indah. Kami berdua ada taste yang sama iaitu berjiwa seni dan sukakan kehidupan desa emmmm bestnyeeee.Ok lah, terlebih sudah.. sebelum merapu lebih2 baik aku stop kan aje. Semua tu impian je insyaAllah akan jadi kenyataan...DOAKAN KAMI YEE