12/20/2010

Picnic di Gua Kelam..

Ari Sabtu lpas pi gua kelam...tak berapa ramai orang masa tu so aku conquer ler pot paling best
..kat mane????kat ujung gua tempat paling akhir air keluar dari gua...sangat la sejuk macam air batu erggggg...hajat nak bawak anak2 sedara masuk gua kelam tapi masa tak mengizinkan, nak kejar masa sebenarnya...cian nantik ada rezki pegi lagi erk..
Aku cam biasa insan paling seronok nak mandi, tapi Balqis buat muka ketat takut air...haaa..haaa
Bahiyyah yang kelaparan makan dulu....isi minyak dulu yeee
Hidangan aritu ialah Bihun sup...baeekkk punyee...
Ini ialah Mak Dara Dan Anak Dara...juga Balqis dan Bahiyyah....duduk jelah dik oiiiii
Bahiyyah sebenarnya nangis tuh..puas ler ummi nyer pujuk suruh senyum skit...
Balqis siap angkat kaki taknak cecah air....sejukkkkkkkk......
Abah maintain senyum.....(dah macam askar lak laki aku....)


Pukul 4 petang balik dengan suke sukinye laaa..laaaa...laaaaaaaaa...

12/14/2010

15 Anugerah Allah pada Wanita tidak ada pada Lelaki.

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

12/13/2010

Rezeki

Semalam aku pergi kerumah bekas pengasuh Balqis dan Bahiyah di sungai batu pahat, Kangar sebab ada majlis kenduri berkhatan anak sedaranye...bukan itu sahaja aku dikhabarkan berita gembira iaitu pengasuhnya sudahpun berbadan dua Alhamdulillah. Sudah lama menanti bukan setahun dua tetapi hampir 5 tahun lamanye ye....berseri wajah mereka suami isteri. Aku pun tumpang gembira jugak ibarat hubungan kami macam adik dan kakak. Walaupun dia tak mengasuh lagi kami tetap ke rumahnye sebab best, suasana kampung pulak tu. Sungguh besar kebesaran Allah s.w.t, sifat kesabaran dibalas dengan sesuatu yang tak diduga. Sesuatu Ujian ada hikmahnya, tak perlu mempersoalkan tentang rezeki semuanya adalah hakNya.

12/07/2010

1 Muharram 1432 Hijrah


Terlalu cepat tahun demi tahun berlalu
Begitu juga begitu cepat berubahnya masa
Kini aku menginjak ke usia baru
Bukan tua tetapi matang pengalaman
Ku tanamkan azam baruku
Untuk Mendekatkan diri padaMU Ya Allah
Ku Mohon ampun diatas segala kekhilafan ku sebagai hambaMu
Izinkan aku membuka lembaran baru hidupku
Kearah kebaikkan.....
Jadikanlah aku sebaik-baik hambaMu
Juga sebaik-baik umat Rasulullah S.A.W
Semoga penghijrahanku ini Diberkati dan Dirahmati Mu Ya Allah......
Aminnnn........

12/01/2010

Makan..makan.....

Lepas beberapa hari raya Eidul Adha keluarga di kelantan pakat-pakat la buaT barbeque ayam dan sosej....


Ala...ala ayam tandoori sebab pakai rempah tandoori
Aku pulak telah direhatkan sebab telah bekerja di belakang tadbir tadi...Aku bagi idea ramuan barbeque tandoori dan menunjukkan kepakaran aku menggoreng bihun yang sodap raso eeee.....(syok sendiri..)

Si Suami telah dilantik sebagai penyelia operasi barbeque....he..hee....


Yummm..yummm kesukaan budak-budak kecik .........

Sangat best..best..best..nanti buat lagi,tapi kali ni keluarga belah kedah yeee En Tarmizi..

11/14/2010

Sungai Petani n Kelantan...

Today, aku sudahpun berada di sungai petani...setelah trkandas lamanye di perlis akibat banjir yang terlampau...bahiyyah sangatlah yindukan tok dan wannye serta sepupu-sepupunya, at last main sampai tak hingatt...Besok paginye pulak bertolak ke pasir mas, Kelantan (mengikut sistem giliran). Terkenang jalan yang berliku-liku itu haduiiii lemah semangat aku..asal je pusing2 skit nak muntah,kalau anak tido aku mintak kebenaran drebar nak join sekali..kalau tak bisa mengeluarkan sisa2 yang kurang enak baunya..he...he....

Cuti lama ye sminggu jgak maka xdpatlah FB or B'BLOG kerrrrna line tak clear.....

Sekian.....

"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"...

11/01/2010

Cuaca Perlis....

Sejak beberapa arini ni hujan memanjang...bersyukur sangat tetapi amatlah payah untuk aku keluar ke kedai nak2 bawak plak budak berdua ni. Maunye demam satu hal lagi kan..

Baju2 pulak xkering kenalah pasang kipas..nak ditangguh kang berlambak2 lagi ada...Kadang2 rasa nak tarik bantal tido je hee...heeeee...biler memikirkan balqis dan bahiyyah sentiasa mencari idea baru mereka(main pinggan-mangkuk, panjat meja, mengemas baju dll)terbantut laa nak lelap, risau barang seminit pun, jadik ape2 aku jgak yang ssh.....

Perlis Basah Dilanda Hujan........

10/28/2010

Tugas Harianku....

Sejak berentinya aku dari dunia pekerjaan tugas sebagai isteri dan ibu bermula macam biasa, dari pagi sampai ke malam.....antara aktiviti yang dilakukan ialah:

Pagi;

Seawal pukul 6.30 pg bangun solat subuh, seterika baju keje my husband, sediakan sarapan pagi..anak2 mmg bangun awal agaknya nak anta abah pi keje. Sementara hsband siap aku layan anak dan layan cerita TANYALAH USTAZ tv 9; isnin-khamis(ulangan) dan jumaat(langsung)...sangat manfaat untuk mendapat lbih ilmu kan...

Lepas hsband pi keje aku kmas rumah, basuh baju dan mandikan anak (anak diasuh mandi awal).
Anak2 pgi kna makan dulu dan semestinya aku suka menyuapkan mereka dengan masakan aku sendiri. Aku sangat berpuas ati kalau anak2 aku kenyang baru planning aritu nak pegi mana2 pun.

Kalau perlu aku haruslah ke pasar beli bahan2 yang nak dimasak, slalunye santan... lauknye slalu beli dari pasar pagi @ malam buat stok untuk beberapa hari(slalu bertahan 3 hari)..lebih murah dan jimat pun jimat...Stu lagi kalau bwak anak2 mmg la kena sabar tgh drive mcm2 pera gai daa....sabar je la...

Balik rumah plak layan je kerenah anak..tgok kartun ke ajar mane yang patut maklum jdik cikgu xdiiktiraf cam gini lahh. Semoga berkat ilmu yang aku ajar pada mereka akan menjadi anak yang cemerlang dan terbilang ngeh..ngeh...

Tengahari;

Dlam kul 12-00 aku mulalah operasi kuali-periuk ye(memasak)...anak aku biarkan aje main sendri2..nak wat tongkang pecah pun silalah....ummi nak masak..ada kalanye ada jgak iklan susu n milo(kakak:ummi nak milo!!!..adik: datang merengek-rengek dan pegang kaki haduiii-tanda nak susu...)...macammanapun aku msti siap sblum kul 1 atau lebih cikit, maka biler husband balik lauk dan nasi masih panasssss...blum tuko baju dah nak makan..I LIKE..
Kakak ngan adik makan sendri je..sambil2 tu kena suap jgak dioarng ni sbb mkan main2.

Petang;

Aktiviti wajib tido. Anak tido aku pun zzzzzzzzzzz.....

Bangun sedia plak makan petang(tiada sudah nye keje...)khas untuk anak2 dan suamii sesudah balik keje..(love u).

Biasa abahnye bwak anak2 ronda kuaters nek moto. Then, Kakak follow blakang ngan basikalnye. Kat kuaters pun ada playground so disitulah kebanyakkan masa mereka dihabiskan sampai lah waktu maghrib..AKU.....kadang2 ikut kadang2 tidak SEBAB masa nilah nak layan internet ataupun tv dengan amannye...

Malam;

Lepas je solat maghrib aku panaskan balik lauk tghari atau masak mane yg patt untuk makan malam..lpas solat isyak baru la makan.Setelah kenyang ye kami baring tgok tv beramai2, walaupun kadang2 bdak2 berdua tu still lagi xreti2 nak duk diam....
Akhirnya.... semuanye tido .....



HABISSSSSSS SUDAHHHHH


SEKIAN.

10/21/2010

Belajar di rumah

Sangat sayang ummi pada kalian berdua... NUR BAHIYYAH DAN NUR BALQIS....


Pendidikan awal xsemestinya belajar di sekolah tapi bermula juga di rumah. Jadik aku perbanyakkan mengajar anak2 di rumah sebagai persediaan mereka ini untuk ke sekolah kelak..maknanya xlah terasa kekok biler melihat atau mendengar ayat2 dan perkataan yang asing bagi mereka..antaranya aku telah berjaya mengajar mereka seperti:

a. membaca doa ketika makan sambil menadah tangan(last2 aminnn)
b. menulis dan melukis.
c. menyanyi beberapa lagu yang glamour di nursery..favourite diorang twinkle litter star n If you happy( siap menari2 lagi..)
d. kakak dah pandai memujuk adik, xpernah kencing malam dan faham apabila diminta berbuat sesuatu.


Paling penting...

d. biasakan mereka melihat kita bersolat dan biasakan mereka mendengar kita membaca ayat2 suci Al-Quran...
e. ajar mereka menyebut ayat seperti Alhamdulillah, AllahuAkhbar,Subhanallah...

memang xberapa clear biler anak2 menyebut sekurang-kurangnyer mereka memahami dan mengerti siapa mereka..

jadi cikgu pada anak-anak je la.....

10/10/2010

Hari cuti yang sesungguhnnya memboringkan...ari2 duduk rumah terperap macam katak bawah tempurung. Lama2 otak tepu.....adui...nasib baik la kepala ni dah diasuh it masa blajaq dulu Alhamdulillah..celik jugak kan. Anak-anak duduk rumah macam selesa je time mandi masuk je bilik air xkira masa...makan pun makan je la pun xkira masa..Tapi surirumah macam aku ni need some rest for a moment coz jaga anak sangatlah letih fizikal dan mental. Sometime... kena keluar amik angin tgok2 manusia n keadaan perlis ni...he..he..macam YB lak.Itu je la note kali ni nanti to be continue.......

10/08/2010

Back to Normal..

Hampir 3 bulan kerja kat resort tapi keadaan tak mengizinkan aku untuk teruskan perjuangan sebagai pekerja yang berkaliber...faktor masa, jarak dan keadaan pengurusan yang sedikit kucar-kacir membuatkan aku nekad berhenti..apalah nasib...redha je laaa.Rezki masih tiada so teruskan jugak kerja meng'apply'.. saban masa, saban bulan dan tahun sampailah ke peringkat usia sekarang ada lagi ke peluang itu?????

Macam-macam manusia yang aku jumpa,ada yang ikhlas, ada yang ambik kesempatan diatas kejujuran seseorang itu dan ada pulak yang depan baik belakang sebaliknya. Apalah yang sukar benar jumpa insan yang baik dan berbudi bahasa dan memahami hati orang lain....bukan memaksa tapi faahamilah...

Macam sesi lepas geram pulak..mengomel pun ada.Bukannya apa nak ingatkan diri sendiri dan sape2 saje bahawasanya semua sama je cuma rezki je lain2...

Chowwwww....

9/30/2010

i'm back babeh.....

Setelah bercuti beberapa lamanya naluri tedetik kembali berkarya...sebab:xde sebabnya cuma nak mengaktifkan kembali blogku yang dah beku...lepas ni boleh lah share story mory ye...

2/03/2010

Mai makan...char kuew teow

Aku ngan my husband kalau tak pekena char kuew teow goreng dalam waktu kurang seminggu memang tak sah.....dah jadik satu trend dari bercinta sampailah kawin dan beranak dua.. CHAR KUEY TEOW GORENG MEMANG SODAPPPPP...Masa kammi sama2 blajar kat UM dulu tempat yang kami makan mestilah kat warung kerinchi di kaki lima vista angkasa pada masa itu, sekarang dah tukar lokasinya dekat je betul2 kat lrt Universiti...maklum dah glamour char kuey teownye.Kami panggil tuan empunya nyee mat rock, dia pun dah naik kenal sangat ngan kami hee...hee....Laaa ni dah tinggal kat Perlis kami biasa pekena kat Batu Pahat jalan ke padang Besar. Rasanye Lain Sikit tapi BOLEHLAHHH....janji CHAR KUEW TEOW. Sebenarnye Char kuew teow ni ni banyak bawa kenangan aku my husband masa zaman dulu2,bak kata orang ada sentimental value...pendek kata pengikat kasih kami berdua kan..

1/12/2010

Abah,Balqis n Bahiyah selamanya....


Masa gambar ni aku amik kakak baru balik dari masjid dengan abahnye. Kakak dah mula pandai cari tudung biler nampak abah dia pakai baju melayu sebab dia tahu abah di mesti pegi masjid. Adik muka dah lain sebab kena paksa pakai tudung he...he...cian babe umie...


Adik sekarang dah ada 2 gigi lagi sikit masa lagi nak tumbuh gigi atas pulak..jadiknye asyik tersengeh-sengeh je menambahkah ketomelannye itu..dan dah pandai merangkak hadui penat aku nak kawal tapi nasib baik dua-dua anak pompuan takde la buas sangat cuma sangat aktif.

Buat suamiku semoga sama-samalah kita mendidik puteri-puteri kita menjadi anak yang solehah...

itu aje...

DAN..

Aku nak ucapkan TAHNIAH!!!! kepada kawan baik aku NURAZRINE dan suaminya Ejan Kerana menerima orang baru babe boyyy lagiiii...pada pukul 5.50 a.m seberat 3.08 kg. Semoga kalian bertambah-tambahhhh ceria sungguhpun korang memanglah dah ceria ok.

1/09/2010

Ya Rabbi...

Sejak 2 menjak nih macam-macam perkara yang kita tak terfikir berlaku, ada pembunuhan, banyaknya kemalangan, bencana alam, peperangan dan macam-macam lagi la. Aku mula merasakan hayat muka bumi ini semakin hampir noktahnya...Aku tertarik dengan kata-kata ini melalui satu blog, apa yang aku rasakan sama macam dia rasakan so you all bacalah ya...

BISIKAN HATIKU SAAT INI

Wahai Tuhanku
Bila terkenang qahar-Mu
Rasa gerun dihatiku
Kerana takutkan siksa-Mu
Hambamu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika.

Tika mengenang rafat-Mu
Putus asa beransur hilang
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan dijiwa
Mehnah-Mu itu
Penghapus dosa
Mengganti hukuman di akhirat.

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya mendidik hati
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambamu
Dalam mendidik jiwaku ini
Ameen.