12/13/2010

Rezeki

Semalam aku pergi kerumah bekas pengasuh Balqis dan Bahiyah di sungai batu pahat, Kangar sebab ada majlis kenduri berkhatan anak sedaranye...bukan itu sahaja aku dikhabarkan berita gembira iaitu pengasuhnya sudahpun berbadan dua Alhamdulillah. Sudah lama menanti bukan setahun dua tetapi hampir 5 tahun lamanye ye....berseri wajah mereka suami isteri. Aku pun tumpang gembira jugak ibarat hubungan kami macam adik dan kakak. Walaupun dia tak mengasuh lagi kami tetap ke rumahnye sebab best, suasana kampung pulak tu. Sungguh besar kebesaran Allah s.w.t, sifat kesabaran dibalas dengan sesuatu yang tak diduga. Sesuatu Ujian ada hikmahnya, tak perlu mempersoalkan tentang rezeki semuanya adalah hakNya.

Tiada ulasan: