9/28/2009

Aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat illahi sebab dikurniakan anak yang comel dan juga penyeri rumahtangga kami suami isteri. Aku rasa puas hati membesarkan anak-anak aku sendiri dalam kebanyyakkan masa dan bersedia untuk bekerja jika ada tawaran yang datang. Mungkin rezeki anak-anak sape tau...Moga-moga aku diberi kesabaran dan kekuatan dalam mendidik kedua-duanya (buat masa ni..). Biler dan ada anak baru tahu susahnyerr nak jaga diorang ni kekadang hangin jugak aku, macam mane la kalau anak ramai erk..sabar je la. Tapi berbaloi kalau susah-susah anak jadik orang jugak, jangan jadik tak serupa orang sudah la yee.
Itu la aku sentiasa memanjatkan doa agar anak2 aku sesok-sesok jadik orang yang berguna dan tolong aku biler tua nanti insyaAllah.....

9/17/2009

Dugaan bulan posa

Bulan posa ni banyak tui dugaan...Si bongsu Nur Balqis tetiba demam tak kebah walaupun dah dibagi ubat batuk ngan demam...Alkisahnya, malam sampai ke pagi 13 sept aritu, masa tido bunyi nafas dia len macam je, macam mengaduh sakit.Aku dah memang gelabah tak tido ler malam sampai pagi tu....pas sahur suami ajak pi hospital Tuanku Fauziah Kangar..masuk je cek-cek terus kena masuk wad. Patutlah tak kebah sebabnye dia ada lelah, cian dia nafas pun payah kena sedut gas oksigen baru lega...susu taknak minum masuk lak air....duduk la 4 hari 3 malam dalam wad...dugaannnnn...tapi syukur la cepat anta hospital. Tak sangka pulak penyakit aku masa kecik dulu ada warisnyerrr....Apa-ape pun Balqis dah sihat sikit dapat la raya walaupun dia tak tahu pun apa itu raya. Kakaknye pun ada geng nak disakat.

Raya ni aku macam biasa balik sungai petani dulu pastu baru kelantan..memang tak pernah bergilir-gilir tapi sentiasa adil dan saksama, dua-dua negeri mesti kena balik tak kira raya aidilfitri atau raya aidiladha....

9/11/2009

Kad ucapan selamat hari raya


Harini aku nak "show off" kad ucapan "Selamat Hari Raya AidilFitri" kepada sesiapa yang sudi buka blog ni samada kawan-kawan, keluarga dan Muslimin Muslimat semua....kepada mereka yang mengenali diri ini, Ampun dan Maaf Dipinta, Jika sekiranya banyak ter...ter.....ter......yee. Harap tidak ler terlalu awal atau lewat kan, takut terlampau sibuk sampai tak sempat nak bagi kad raya, jadik kad raya maya pun bolehlah....

9/04/2009

Ibu Mithali Isteri Sejati

Hari ni takdak apa nak ditulis tapi aku nak kengkawan yang dah berkahwin atau belum sama2 menghayati artikel ini untuk renungan bersama.....

Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati?

chelseaflower.jpg

Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :

  1. Berdoa memohon keredhaan Allah
  2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
  3. Membersihkan hati dan pemikiran
  4. Membina kebahagiaan secara proaktif
  5. Mendidik diri sendiri
  6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
  7. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
  8. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
  9. Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
  10. Pembangunan fizikal dan kesihatan
  11. Muhasabah diri

Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, anda patut bangga, namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.

Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :-

  1. Positif Terhadap Perubahan
  2. Positif Terhadap Diri Sendiri
  3. Positif Terhadap Kepimpinan
  4. Positif Terhadap Masalah
  5. Positif Terhadap Orang Lain
  6. Positif Terhadap Keadaan Emosi
  7. Positif Terhadap Idea Kreatif
  8. Positif Terhadap Membuat Keputusan
  9. Positif Terhadap Qada Dan Qadar

Antara petua untuk menjadi ibu mithali :

  1. Analisis diri daripada pandangan anak
  2. Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
  3. Bercakap benar
  4. Kotakan kata-kata
  5. Didik anak mengenai kemahiran sosial
  6. Gunakan masa jitu untuk mengajar
  7. Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
  8. Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
  9. Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
  10. Melatih anak berfikir
  11. Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
  12. Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
  13. Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
  14. Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
  15. Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
  16. Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah :

  1. Pendidik keluarga
  2. Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
  3. Penasihat
  4. Doktor dan jururawat
  5. Mendisiplinkan anak-anak
  6. Kawan atau sahabat
  7. Penyelesai masalah
  8. Merangsang perkembangan mental anak-anak
  9. Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
  10. Model pada anak-anak
  11. Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
  12. Mengawal ekonomi rumah tangga
  13. Menjaga harta suami dan keluarga

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu :-

  1. Ibu menyerlahkan keunikan sendiri
  2. Tidak berebut kuasa dengan anak-anak
  3. Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
  4. Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
  5. Mendidik anak berdikari
  6. Mempunyai nilai diri tinggi
  7. Bersedia meminta maaf daripada anak-anak
  8. Bertindak secara jamaah
  9. Mengorbankan kepentingan peribadi
  10. Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
  11. Meneroka dan merangsang potensi anak
  12. Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
  13. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.

Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi “ibu mithali, isteri sejati”.